Poetic Ammo - Peluru Puitis
Paroles traduites de Poetic Ammo - Peluru Puitis en
- 46 vues
- Publié 2024-01-16 00:00:00
- 0 Commentaires
- 0 likes
- Poetic Ammo
- Peluru Puitis
- Traduction par: panzas
Peluru Puitis
Lambai-lambaikan tangan kau ke atas }
Ku tak kisah pasal kau kalau kau memang poser }
Lambai-lambaikan tangan kau ke atas }
Ku tak kisah pasal kau kalau kau memang satu poser }--*2
Lambai-lambaikan tangan kau kalau kau bangga
Lambai-lambaikan tangan kau dengan pujangga
Lambai-lambaikan tangan kau
dakwat bukan darah menitis kau tahu peluru puitis
Namaku tetap, peluru puitis!
Tetap abadi, peluru puitis!
Kau mahu peluru puitis, cis!
*YOGI B*
Apabila ku datang mengikut rentak hentak-menghentak kesemua
watak-watak drama rappers yang sangat-sangatlah nak
jadi O.G. O.G.ya!? "original gangstars"
Budak-budak berhenti wayang sebelum kau tersentak dengan
rimaku kerana rimaku dari hatiku jiwaku tradisiku poser mengaku
yang inilah satu satunya puisi pantun sajak dan syair alir
mengalir rimaku melantun-lantun tak berakhir
dir-dir def-def tak pernah kau sangka
yang inilah masanya tiba satu pujangga
bangga, Biar dakwat bukan darah yang menitis
dan kau tahu namaku tetap peluru puitis
Chorus
Lambai-lambaikan tangan kau ke atas sebut Peluru Puitis
Rimaku tidak mengenal batas katakan Peluru Puitis
Jangan jangan kau lupa yang asas Peluru Puitis
Senjata pujangga bertindak balas hanya Peluru Puitis
*POINT BLANC*
Menegak warisan insan berwawasan perjuanganku irama hip hop
Berterusan sasaran kini berkesan
Penjelmaanku mengancam kedudukanmu penipu
Megeliru minda individu
Penglipur lara bergelora bersuara hati
Membara mara ke arah sandiwara
Drama poser menyamar sebagai rapper
Gangsta ingatnya megah akhirnya juga huru-hara
Puitis senjataku bagaikan keris dakwat menitis
Karya sastera yang kutulis
Membuktikan gergasi industri akannya juga tumbang
Pendekar pujangga terus berperang
*C.LOCO*
Wahai pendengar kata-kata hikmat dan suci
Dengan pasti laguku tetap mendapati menikmati
Pengiktirafan tanpa batasan pihak atasan
Tiada alasan mengata-ngata bukan-bukan
Komplot rancangan menegakkan Asia
Tapi biar putih tulang jangan putih di mata
Kan ku kata Peluru Puitis membongkar rahsia
Menangkap dia yang menipu sia-sia
Pepatah lama tradisi nama dan agama
Sejak bertahun-tahun dulu tetapi kita sama
Nafsu manusia tetap hilang di alam maya
Sinar peluru puitis ku pelita cahaya
Chorus
*LANDSLYDE*
Merapati mercu tahap kejayaan dengan
Daya usaha menepati kehendak dan kecapaian
Kekemuncak tahap strategi arus aliran
Lirikku tiada tandingan terperinchi
Peluru puitisku genggam menjadi senjataku
Terpendam di hati tanpa batas peningkatan
Menerusi malalui asas kebolehan dan bakat
Yang tertanam dan pengalamanku jangan
Dicabar kesabaranku telah hilang terancam
Tiba masa penampilanku penipuan dan
Kelemahanmu sebagai poser jasa pahlawan tulin
Tak menggunakan senjata puitisku berirama di mata
Chorus
Por el momento, a nadie le gusta este artículo
Commentaires
Hé ! Vous avez de la chance, personne n'a encore commenté cet article. Soyez le premier et laissez votre commentaire.
Vous devez être inscrit pour laisser des commentaires.
Connectez-vous avec votre compte d'utilisateur et profitez de tous les avantages.
Créez votre compte. ó Connectez-vous / Identifiez-vous